Selasa, 20 Oktober 2009

kEkAwAn tOlOnG BaCa... PlEaSe








SaLaM sEsUdAh SyAwAl...

CiK hIsYam TerImA kAsIH kErAnA mEmBeRi SemaNgAt bArU KePaDa SaYa AgAr TeRuS bErUsAhA. NiAt SaYA iKhlAs UnTuk mENdApAt MaRkAH yAnG teRbAiK.,iNi PErcUBaAn YaNg TerBaIk dAn YaNaG tEraKhIR dArI sAyA. sAyA HeNdAk MeNYaMbUnG PaNgAjIaN. uNtUK meMbUKtIkAn kEpAdA aNaK sAyA YanG sEoRaNg niE. qAsIh QaLiJa bIntI MuHAMmAd.



dIpEtIk DaRI InTeRNeT `sUmMeR cAmb `......

Aktiviti 'Flying Fox ini mempunyai kaitan dengan 'Abseiling'. Kalau 'Abseiling' tu adalah aktiviti turun dari atas ke bawah, 'Flying Fox' pula ialah aktiviti berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau untuk tujuan keselamatan selalunya aktiviti ini dilakukan semasa menyelamat dari kapal ke kapal atau menyelamat di kawasan seperti cerun bukit. Aktiviti ini merbahaya. Untuk mengikuti aktiviti ini seseorang itu harus mempunyai keberanian, ketelitian, tahu segalanya tentang teknik yang betul dan paling penting, mahir tentang ikatan. Walaupun bahaya, ianya menyeronokkan dan memberikan kepuasan serta dapat menaikkan semangat berani seseorang. Hanya mereka yang boleh mengikat, memasang anchor dan melepaskan peserta. Pembantu cuma menolong peserta memakai 'harness' dan menjadi 'breaker' sahaja. Aktiviti dijalankan dari 'tower' setinggi 40 kaki. Oleh sebab tower tu terletak di atas bukit, jadi agak sayup juga bila terpandang air tasik. turut mengunakan 'kabel' bagi menggantikan 'kermantle'. Lebih selamat dan lebih tegang. Alatan yang digunakan untuk aktiviti 'Flying Fox'. Yang saya senaraikan di sini adalah peralatan yang kami gunakan. Lain tempat, lain peralatannya walaupun yang penting-penting tu sama saja.

1. Tali (Kermantle) statik atau dynamic Digunakan untuk memanjat tower. Sebelum terjun, kenalah panjat dulu. Anda akan dipasangkan 'safety line'. Ini adalah tali yang diikat kepada anda. Ianya ber'pulley'. Sambil naik, sambik tolak 'pulley' tersebut. 'Safety line' penting. Jika anda terjatuh, anda tidak akan jatuh ke bawah. Anda akan tergantung. Contoh senang, macam dalam siri Fear Factor. Bila ada aktiviti di tempat tinggi, peserta akan pakai harness. Di harness ini terdapat 'safety line'. Kan mereka tergantung saja bila jatuh, kan ? Samalah tu.

2. Carabiners. Atau juga 'snap link'. Ini gunanya untuk mengikat anda kepada tali. Carabiner terdapat berbagai jenis. Carabiner sangat sensitif. Ianya tidak boleh TERJATUH ATAU DIHENTAK. Kalau dah jatuh, kena buang sebab dalamnya akan retak. Bahaya jika digunakan lagi. Carabiner juga mahal. Jika sengaja anda hentakkan, anda pula kena hentak nanti!

3. Figure 8 Desender Ni gunakan untuk ikat anda ke tali-tali

4.Harness Terdapat 2 jenis harness. Full harness macam dalam Fear Factor juga. Alih bahasa yang guna dalam Fear Factor ialah abah-abah. Kalau full harness ni, anda memakainya hingga ke seluruh badan. Kalau half harness, macam pakai seluar dalampendek saja. Seronok kalau pakai full harness, sebab anda boleh terjun ala-ala superman. Manakala half harness, anda kena bergayut.

5. Pulley Ni untuk mengikat tali untuk anda terjun. Dan juga untuk anda tarik balik tali ke tower.

6. Topi keledar Kena pakai helmet bebs, untuk keselamatan

7. Sarung tangan Pakai sarung tangan supaya tangan tidak sakit bila bergayut Jom terjun !

Pastikan anda sihat dan tidak berpenyakit bahaya sebelum anda setuju terjun. Pakai harness. Pakai harness yang elok. Jika diberikan harness yang telah koyak atau telah hilang tali-talinya, seeloknya anda tukar pada harness lain. Sudah pakai harness, tunggu giliran anda. Anda akan dipasang pula 'safety line' sebelum anda naik ke atas tower. Naik perlahan-lahan dan berhati-hati. Sampai di atas anda akan diperiksa lagi sekali oleh Jurulatih Kanan untuk memastikan harnes anda betul pemakaiannya. Buka 'safety line' memanjat. Kemudian anda akan dipasang dengan tali yang akan membawa anda terjun. Jangan risau, sebab anda juga akan dipasangkan satu lagi 'safety line'. Jurulatih kanan akan 'check' dengan 'braker'/ 'brakers'. Brakers ready ? Aye, aye, Chief ! Braker adalah pembantu aktiviti yang tugasnya 'menarik tali' untuk 'membrake' anda. Jangan takut, mereka tahu bila masa yang mereka perlu tarik tali tersebut. Kalau terlambat pun ada 'safety brake' di hujung line. Okay, kalau anda sudah bersedia, anda boleh terjun. Tiada pilihan. Samada anda terjun dengan rela hati atau anda akan ditolak ke bawah. Sama saja. Dua-dua sampai bawah. The choice is yours :)

KEkAwAn SuDaH bAcAkAn sErbA sEdIkIt pEnGeTaHUaN teNTaNG Flying FoX NI, wAlAuPUn dI PetIK dAri LuAr nAmUn hAnYa NI IlMu yANG DaPAt dI bErI. BaCa tAu bUaT pEnGetAhUan
JumpA lAgi.. ExAm MaKiN HaMpIr Nie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan